Tuesday, April 16, 2013

SAMBUNG BELAJAR?


Baru-baru ni aku ada terperasan mengenai satu soalan ni, soalan ni kalau diajukan kepada golongan tua pasti pattern jawapannya hampir sama dengan golongan tua yang lain dan jika diajukan kepada golongan muda pattern jawapannya juga hampir sama dengan golongan muda yang lain. Apa yang pasti jawapan yang diberikan antara golongan tua dan muda tu berbeza sama sekali, mungkin sesuai mengikut status diorang.

Soalannya mengenai sambung belajar dan situasi yang sesuai untuk hal ni adalah baru menamatkan pengajian. Andaikan korang baru menamatkan pengajian diperingkat sijil dan korang berada di dalam dilema samaada hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya atau tidak. Disebabkan korang berada di dalam dilema samaada hendak melanjutkan pelajaran atau tidak, so korang memerlukan pandangan daripada orang-orang disekeliling, korang bertanyakan soalan ni kepada dua golongan yang berbeza, tua dan muda.

Dan jawapan lazim yang aku dapat dari golongan tua “bagus, sambunglah belajar, masa muda nilah nak belajar, bila tua tak larat dah, jangan difikirkan soal lain, umur, kahwin blablabla..

Dan jawapan lazim yang aku dapat dari golongan muda “baik kerja, belajar lama-lama tapi kalau tak praktikkan pun tak guna, bila kerja adalah jugak income, bila rasa nak belajar boleh buat PJJ blablabla..

Dua jawapan ni adalah melalui pemerhatian aku secara kasar, nak kata ianya seratus peratus macam ni pon tak jugak, sebab ada je yang jawab lain dari yang dua ni. Tapi kebanyakkannya yang aku perasan jawab camni.

Untuk kedua-dua jawapan ni aku tak kata salah. Bagi aku dua jawapan tu ada betulnya, bergantunglah pada faktor individu tu dan faktor-faktor lain.

Bagi korang pulak macam mana? Ke ada jawapan sendiri untuk soalan ni?

Sekian

Terima kasih kerana membaca 
Botak

P/s: kebelakangan ni kerap sangat terlupa, nak kata tua takdelah tua mana, muda lagi kot.

Friday, March 15, 2013

SELESAIKAN MISTERI INI

Disebabkan aku tak memerlukan sangat buku, jadi aku berbelanja sakan barang-barang makanan menggunakan baucar buku satu Malaysia. Tapi tu tahun lepas punya hal. Tahun ni punya baucar buku aku nak belanjakanya ke jalan yang benar iaitu dengan membeli buku. Tak kisahlah buku apa pun, janji buku.

Dijadikan cerita, baru-baru ni aku singgah ke kedai buku dan terjumpa sebuah majalah yang terkenal dengan liputan mengenai filem-filem seram dan keganasan yang terdapat dalam sesebuah filem. Nama dia aku tak berapa ingat, bermula dengan F. Fang.

Di bahagian belakang majalah dipenuhi dengan segala jenis iklan mengenai filem seram, sewaan DVD dan pengajian filem yang menawarkan diploma. Ok lah tu. Tapi ada satu iklan yang menarik perhatian aku, satu petak kecil iklan terletak dibahagian bawah sebelah kanan  penjuru muka. Iklan yang menawarkan rawatan klinikal untuk mereka yang gagap.

Sekarang ni kenapa iklan tu ada dalam majalah filem seram? Setakat yang aku tahu, takde apa pun yang seram dengan gagap ni. Lama jugak aku membelek iklan kat majalah tu sebab… entahlah, sukar untuk difahami.

Fikir punya fikir, so aku ada andaian sendiri kenapa perkara ni berlaku.

Disebabkan aku malas nak menaip andaian tu, jadi aku menjemput korang pembaca semua untuk menerangkan misteri ni. Kepada sesiapa yang jawapanya sama atau hampir sama dengan apa yang aku fikirkan sekarang ni, korang memang hebat. Tu je yang mampu aku katakan, nak bagi hadiah tak mampu, takde duit. :P

Terima kasih kerana membaca
Botak

Koleksi buku yang tak seberapa, tak tau kenapa aku upload gambar ni. 

P/s: Baucar buku berbaki RM150. Silap hari bulan ada jugak yang beli makanan nanti. 

Wednesday, February 13, 2013

BISNES UNTUNG RIBU-RIBU

Tak lama dulu ada sorang kawan lama ni telefon aku. Sembang punya sembang dia berhajat nak jumpa dengan aku, ada business proposal katanya, so nak bincang-bincang lah. Waktu tu hati gembira gila, tak kisahlah bisnes besar ke kecik ke, janji bisnes.  Duit-duit!!!

Perjanjian pon dimeterai, bersetuju berjumpa di KL untuk membincangkan hal tu. Yang aku ingat KL, jangan tanya lokasi sebab aku pon dah lupa. Tiba hari dan waktu yang dinantikan, aku dan kawan aku berada di lokasi. Waktu tu malam hari dan kawasan sekitar dipenuhi bangsa 1 Malaysia, Melayu, Cina, India, senang cakap semua bangsa kat Malaysia ni ada kat lokasi tersebut. Aku dah rasa tak sedap hati ni, aku tanya dia “apsal ramai orang? Business proposal ape ni?”. Dia kata “jangan risau, masuk dalam kasi dengar orang ceramah, dah faham senang nak cerita”. So aku pon masuk dalam, duduk kat kerusi, dengar cerita.

Dalam hati ni dah berbakul-bakul sumpah seranah. Rupa-rupanya diorang anggota kumpulan MLM (multi-level-marketing) dan aku ni diibaratkan mangsa diorang. Lagilah aku taknak join, Diorang pressure gila-gila, kasi tekan suruh join jugak.  Celaka apakah ni? Diorang cerita penuh semangat, takut aku. Jual barang ni, suruh kawan join, boleh jadi kaya, duit ribu-ribu sebulan. Kena ada strategi jualan, ikut diorang punya strategi, aku pon boleh hidup senang.  

Aku sebenarnya tak suka benda-benda macam ni, berhadapan dengan situasi macam ni, lagilah aku tak suka. Diorang memang pandai dalam bab-bab saiko, diorang punya soalan sampai aku nak jawab apa pon tak tau. Di akhir perbincangan, semangat diorang tak mampu melawan semangat aku untuk taknak join group diorang. Babai, balik dulu, ada kerja lain nak buat.

Malam tu terasa amat panjang, ngeri. Berpeluh-peluh aku dibuatnya. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat makan free sebab diorang belanja.

Tak lama lepas peristiwa ni sorang kawan (lain) call aku, nak bincang pasal business proposal dengan aku.

Awal-awal aku suruh dia pergi mati. Gila punya orang!!

Ok, kat atas ni merupakan sebuah kisah ngeri dari banyak-banyak kisah ngeri yang menimpa diri aku. Diharap korang semua tak pernah mengalami situasi macam ni. Hahaha... 

Terima kasih kerana membaca
Botak

P/s: Saya busy, tapi bila tak busy, rasa macam busy pon ada, macam mana ye?  

Tuesday, January 15, 2013

TAK JADI KAHWIN


Apa nak buat bila cinta yang diharapkan berpanjangan hingga ke akhir hayat tak kesampaian? Klise dan sterotaip, dah berpuluh tahun dijadikan modal bagi penerbit novel, drama, telemovie dan filem. Diolah sesedap rasa mengikut kreativiti penulis, produser dan sutradara bagi membentuk pelbagai jenis jalan cerita. Modal macam ni jarang merugikan, sentiasa menarik minat orang ramai. Menyentuh perasaan, lebih-lebih lagi kalau cerita tu secara kebetulan nak tersama lah pulak dengan hidup kita. Lagi-lagi lah kita tangkap feel sampai meleleh hingus dan air mata.

Realitinya, kalau dah besar panjang, dah menjejakkan kaki ke alam universiti dan perkerjaan, aku boleh jamin mesti pernah bercinta. Tak kisahlah jadi peminat jarak jauh ke, cinta suci dalam bekas berdebu ke, cinta bertepuk sebelah tangan ke, cinta berpegangan tangan ke, cinta berpelukan sambil meraba-raba dan bercium mulut ke dan erkkkkk.

Majoriti yang pernah bercinta mesti pernah frust. Jarang lah aku dengar orang yang first love dia sampai ke jinjang pelamin. Di kalangan kawan-kawan sekeliling aku, rasanya takde lagi kot. Mesti pernah merasa zaman derita dan sengsara tu (geli pulak rasanya), couple paling hebat yang aku kenal pun dari darjah 4 sampai habis uni, tu pun entah berapa kali on off. Couple, clash dan rujuk balik.

Kawan aku (perempuan) pernah bercerita tentang kawannya yang menghadapi masalah pelamin angan yang musnah sebelum sempat dibina. Yelah nama pun pelamin angan kan, mana lah sempat nak bina lagi. Maka timbul persoalan adakah mereka akan menjadi wanita single hingga ke tua memandangkan faktor saham yang kian tercicir dari papan utama indeks pasaran kerana umur semakin meningkat?

Mungkin, tapi tak semestinya.

Kawan aku ni ada buat beberapa point. Dia ada kata pasal lelaki ada ego yang perlu dijaga rapi. Walaupun secara zahirnya lelaki tu tak mempunyai skuter ego, ok yang ni aku saja tambah. Aku tak nafikan pasal ego tu, tapi lelaki pun tau frust. Cuma mungkin lelaki ni tak tunjuk sangat. Sebab Nampak macam lemah sangat dan tak mampu nak tangani masalah kehidupan diri sendiri. Aku pun pernah lalui zaman frust tu. Zaman teringat, teringat dan teringat tak sudah-sudah. Bezanya mungkin aktiviti menangis tu takde lah mengiringi urusan harian.

Dan sudah menjadi lumrah yang saham orang lelaki ni agak tinggi apabila berumur 25 tahun keatas. Peluang lebih terbuka luas sebab secara amnya masa tu orang lelaki ni telah mencapai status yang agak stabil dari segi kerjaya dan dianggap mampu managgung anak bini disamping faktor pilihan yang semakin luas dan juga kerana  orang lelaki ni takde expiry date kot. Perempuan pulak selalunya lebih sukar sebab apabila umur dah mencecah suku abad, lelaki yang sebaya atau lebih tua biasanya available but not single. Ruang pilihan sudah kecil, pilihan semakin terhad. Dahlah nak menuggu orang tackle pun satu hal lagi.

Tapi jangan sempitkan pemikiran. Berapa ramai orang yang berkahwin akhirnya tak sehaluan. Setahun dua kahwin pastu cerai. Kalau korang pernah melihat statistik perceraian kat Malaysia ni ianya tersangatlah besar walaupun berlaku penurunan. Melayu is somewhere 10 to 15%. Ada yang tempoh bercouple lebih lama dari tempoh berkahwin, ada yang ditinggal gantung tak bertali, ada yang tinggalkan anak bini sebab nak lari dari ahlong, ada yang dimadukan tanpa pengetahuan, ada yang jual bini sendiri dan blablabla. Pendek kata perkahwinan bukan penjamin kebahgiaan.

Bila aku kata macam ni bukanya aku menidakkan fitrah, sebab siapa yang tak nak kahwin dan menimang anak kan? Apa yang aku nak sampaikan, berusahalah mencari jodoh, tapi kalau dah tak dapat tu nak buat macam mana kan, mungkin belum sampai masanya lagi. Kadang-kadang Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Dia beri apa yang kita perlu. So, fikir-fikir kan lah ye.

P/s: Sedang berpraktikal, sangat sibuk. :P

Thursday, November 29, 2012

FILEM?

Jika diberi pilihan samaada hendak menonton filem barat atau tempatan, aku lebih mengutamakan filem barat. Bila aku kata macam ni ramai yang tak setujukan, ada yang kata tak support filem tempatan lah, ada yang kata aku tak Malaysian lah, itu lah, ini lah bla bla bla. Lagi pun, mengutamakan sesuatu tu tak semestinya yang lain aku tak layan.

Bila sebut tentang filem aku lebih mengutamakan kualiti, kualiti ni banyak aspek dia. Plot, sinematografi dan lain-lain. Ada orang kata filem dari barat ni bukanya logik, menipu je. Bagi aku logik tu soal lain, sebab filem yang based on true stories pun tak tepat kadang-kadang. 


Aku bagi satu contohlah filem Gladiator (2000), filem yang boleh dikatakan terbaik waktu tu. Kalau korang tengok peperangan babak awal, terang-terang dah silap sebab tentera Rom dilatih untuk bertempur dalam formasi, dalam filem formasi dah berterabur lepas bertembung dengan musuh, dalam keadaan tu tentera Rom confirm kalah. Lagi, Maharaja Commodus bukannya mati dalam gelanggang setelah bergasak dengan Maximus, hakikatnya dia mati katak di tangan seorang hamba yang mencekiknya. Maximus tu pun tak wujud sebenarnya, cuma watak fiksyen. Kalau nak cari silap memang banyak, tapi korang kena tahu unsur-unsur yang membantu filem ni berjaya  adalah dengan mengubah fakta sejarah. Filem-filem lain macam Michael Collins (1996), The Patriot (2000), U-571 (2000), Pearl Harbor (2001), dan lelain jugak lebih kurang sama. Mengubah fakta sesuka hati.

So, logik tu tak berapa penting sangat, yang penting kualiti. Nak senang faham macam ni, antara filem Iron Man 3 dengan Cicakman 3, mana korang pilih? Kalau dah terlalu precise, boleh jadi cerita tu jadi tak best.

Lagi pun kalau ikut pada rantaian, kita, aku, korang adalah sebagai pengguna. Sebagai seorang pengguna kenalah buat pilihan yang bijak selari dengan seruan KPDNKK (entah apa aku ngarutkan ni?). Kalau ada filem yang korang rasa bagus/best, takkan lah nak menonton filem yang korang rasa tak best, tak gitu?

Tu kalau ikut akulah, kalau ada yang minat filem-filem tempatan, pun tak jadi masalah. Mungkin ada yang menarik pada mata diorang.

Entri ni sebenarnya bukannya apa, aku bosan bila nak tengok filem ni, ada yang kata itu ini. Selera masing-masing, kalau dah minat tu, tulah, takkan nak paksa aku tonton filem yang aku tak minat pulak.

Korang punya taste camne pulak?

P/s: Paper final tak habis lagi, boleh pulak aku update blog. Nampak sangat bukan student cemerlang. Hahaha... 

The Hulubalang's

Arkib Negara

#WW (15) Bike-Car (14) Blogging (17) Book (5) Computer (4) English (5) Hobbies-Interests (8) Horror (8) HVAC/R (3) IPT (10) Johorean (3) Malaysia (36) Photo (9) Social (49) Website (4) Women (10)