Saturday, March 5, 2011

Home » , » Indahnya Malaysia Edisi Unik

Indahnya Malaysia Edisi Unik


Samaada sedar atau pun tidak, Malaysia ni kaya dengan pelbagai benda dan perkara unik yang sukar untuk diungkap dengan lidah masyarakat Malaysia tu sendiri. Disebabkan terlalu banyak perkara unik, Malaysians ni pun jadi keliru nak menerangkannya, dan aku boleh jamin korang yang baca entri ni pun belum tentu dapat menerangkannya dengan jitu. Jadi, apa yang uniknya Malaysia ni?
    
Keindahan tidak semestinya terletak pada rupa bentuk sesuatu fizikal atau perkara, tetapi ianya boleh dilihat dari segi keunikan sesuatu perkara yang kita tidak dapat cari di tempat lain.

Bedak sejuk: Pertama sekali bedak sejuk, ya bedak sejuk merupakan sesuatu yang unik. Bedak sejuk dikatakan berasal dari suku kaum Banjar yang menetap di Kalimantan, Indonesia. Ianya dipercayai akan keberkesanannya untuk menyejukkan kulit muka yang terdedah kepada terik matahari. Ada juga yang mendakwa bahawa bedak sejuk dapat menjadikan wajah seseorang itu kelihatan segar dan awet muda walaupun sudah berumur. Pemakaian bedak sejuk akan membuatkan diri si pemakai kelihatan poyo tetapi akan berasa senang apabila memandangnya.


Belacan: Selain bedak sejuk, belacan juga merupakan sesuatu yang unik. Belacan merupakan bahan makanan yang terkenal di rantau asia tenggara ni dan sukar untuk dinyatakan dari mana asal usul bahan makanan ini. Belacan sememangnya berbau pelik tapi mampu memberikan nikmat duniawi yang tak terhingga apabila ianya singgah ke deria rasa manusia.

Selipar Jepun: Selipar Jepun kadang kala dipanggil selipar jamban dan ianya sering digayakan oleh masyarakat tempatan untuk bergerak ke mana sahaja, termasuklah ke jamban. Apa tujuan masuk ke jamban, faham-faham sajalah. Walaupun selipar ini dikilangkan di Malaysia, tapi Jepun mendapat nama kerana hati rakyat Malaysia sentiasa berada di Jepun.


Pembangunan: Sebagai rakyat Malaysia, aku berbangga dengan kepesatan pembangunan yang tak henti-henti umpama kedai serbaneka 7-11. Dan disebabkan terlalu taksub dan ghairah dalam mengejar pembangunan, maka banyak bangunan terbengkalai yang wujud di Malaysia. Bangunan yang terbengkalai juga boleh dianggap sebagai pusat khidmat komuniti kerana memberi perlindungan serta tempat tinggal kepada mereka yang mengalami masalah ketagihan dadah.


Durian & Petai: Durian ni merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asia Tenggara. Di Malaysia saja beribu-ribu lemon pokok durian tidak terbilang banyaknya boleh ditemui. Masyarakat tempatan amat menyukai rasa buah durian ni hingga ada yang menggelarkannya raja buah. Tapi sebaliknya bagi orang barat kerana buah durian ini mampu membuatkan mereka pitam.


Selain buah derian, petai juga merupakan salah satu tumbuhan yang digemari oleh masyarakat Malaysia. Menurut kajian, petai mengandungi kadar protin dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Dengan memakan petai, air kencing yang dihasilkan sure bau power punya!

Dan banyak lagi keunikan yang ada di Malaysia ni, ni cuma sebilangan dari beribu-ribu lemon keunikan yang ada di Malaysia. Jadi, sementara masih sihat, gunakan masa yang ada untuk menerokai keunikan yang ada di Malaysia ni. 

6 comments:

Eza Zularyeza said...

sy bangga sy orang malaysia

dLa said...

durian yg lam mlsia sume dla yg tnam. hahahaha

✖sLp mE pLz™✖ said...

sy suka bola..

Encik Psychopath said...

Dalam banyak-banyak, aku rase belacan paling originality malaysia.



Ok bai.

Zik said...

durian sedap tuh.. belacan dan petai pun layan jugak.. rugi wooo.. tak makan

Botak said...

@Eza Zularyeza
tanah tumpah darah ku..
i love Malaysia..

@dLa
waahhh., bukan main lagi..
kalau gitu., bak lah sikit.. :P

@✖sLp mE pLz™✖
bola eh., tapi bola kat Malaysia ni tak top lah.. ;)

@Encik Psychopath
maybe lah kot., sebab dah didedahkan sejak kecik lagi..

@Zik
durian ngan blacan layan lah., tapi kalau petai tu., sorry lah.. :D

Pengikut Yang Tidak Mengikut!

Arkib Dilarang Melarang