Wednesday, May 25, 2011

Home » » Cerita Seram Highland Tower Versi Aku

Cerita Seram Highland Tower Versi Aku


Hari ni aku ada satu cerita yang nak dikongsikan dengan korang semua, cerita yang boleh diklasifikasikan sebagai seram-seram sebab lokasi cerita ni kat Highland Tower. Tak lama dulu waktu aku belajar kat Kampong Pandan aku pernah pergi ke sana. So sekarang ni aku nak share sikit apa benda yang seramnya kat Highland Tower tu?

Sebelum tu, ni serba sikit penerangan pasal Highland Tower: Highland Tower terdiri daripada 3 blok kondominium yang setiap satunya berketinggian 12 tingkat. Blok 1 dah lama runtuh dan yang ada sekarang cuma blok 2 dan 3. Blok 1 runtuh pada 11 Disember 1993 dan seramai 48 nyawa melayang. Terletak di Taman Hillview, Ulu Kelang, Selangor. Bagi sesiapa yang nak rasa seram-seram tu, bolehlah datang kesini. Tapi aku sarankan baik tak payah pergi, sebabnya aku akan bagitahu nanti.

First time datang memang rasa seram, lagilah seram kalau datang waktu malam dan 2 3 kali punya seram kalau korang tonton rancangan dokumentari paranormal Uncle dahulu dan kemudian baru datang sini.

Ada cakap-cakap yang mengatakan tempat ni keras, seram itu dan ini. Aku pun teringin nak rasa jugak. So, aku dengan beberapa orang kawan aku buat plan untuk pergi kesana. Disebabkan nak rasa seram-seram, kitorang pergi sana waktu malam, eh tak, waktu pagi, dalam pukul 1 ke 2 pagi camtulah. Kalau dilihat pada kawasan sekitar Highland Tower ni, memang dah rasa seram pun. Tu tak masuk kedalam lagi, kalau masuk lagilah seram gila babi! Antara tahap-tahap keseramannya ialah:



Seram pertama: Kalau pergi sana waktu hari dah gelap, jangan lupa bawa torchlight. Kalau ramai yang pergi, bawalah banyak, kalau bawa sikit, macam-macam kesusahan yang timbul. Tak pasal-pasal kena berkongsi. Bila torchlight tak cukup, secara automatiknya pencahayaan kurang. Kat sana dahlah gelap gelita, sampai mata pun naik merah. Bila pencahayaan kurang maka penglihatan kita terbatas, bila dah terbatas, macam-macam yang kita fikirkan, takut kalau-kalau terpijak kaca atau paku yang ada kat atas lantai. Secara tak langsung perkara macam ni menyumbang kepada faktor seram tu.

Seram kedua: Selain gelap, kawasan sekitar juga kelihatan seram dengan tumbuhan liar, semak-samun, lalang dan lain-lain. Bila gelap, kawasan sekitar pulak macam tu, maka timbul satu unsur baru iaitu nyamuk. Bila nyamuk dah start gigit hisap darah, maka korang akan rasa tak selesa. Dan ini juga boleh dikatakan sebagai penyumbang kepada faktor seram-seram tu.

Seram ketiga: Yang ketiga ni paling seram, sebab korang dapat tengok manusia yang seakan syaitan, setan, jin dan seangkatan dengannya. Mana taknya, sepanjang perjalanan nak naik ke tingkat atas, ada saja mat gian, mat ganja dan macam-macam jenis mak nenek mat, yang takde cuma mat kool saja. Keadaan ni menyebabkan semua jenis syaitan yang digeruni lari bertempiaran meninggalkan Highland Tower. Sebabnya gaya mat-mat ni semua mengalahkan setan pulak.

Lepas menaik beberapa anak tangga, kitorang pun sampai ke tingkat atas dengan suksesnya. Tapi disebabkan keadaan kat atas gelap dan mata ni terasa sakit, jadi kitorang pun cepat-cepat turun kebawah. Keluar saja dari Highland Tower, kitorang pun terus blah. Nak buat apa lama-lama kat sana, balik rumah tidur lagi bagus.

P/s: Bukan cakap besar, tapi tulah yang aku rasa. 

24 comments:

khunsuriyatit said...

er...penagih2 tegar x de ke kat situ..

Botak said...

@khunsuriyatit
sudah semestenya ada., kan dah bg tahu kat seram no 3 tu.. ;)

☆ ★ e m m a N Y ☆ ★ said...

ee, kalo sy ne memg penakot sgt.huhu

Siti Mashitah Saidin said...

mmg tak dak org dah eh dok sini? tgok gambar pon takot~

Botak said...

@☆ ★ e m m a N Y ☆ ★
mula² tu memang lah takut., lepas tu tak takut dah., huhuhu..

@Siti Mashitah Saidin
mestilah takde., blok 1 runtuh kot., sape yg dok kat blok 2 ngan 3, memang hebat ar.. :D

Ain Zulaikha said...

oo Mak i, takutnyaaa takutnyaaaaa lepas ni ada cite seram lagi kat sini tak nak baca... hahahhaha

Liyka said...

salam . hai botak . lame tak jejak sini.. heee , korang memang hati batu tui la.. klu lah den jadi hang , dah lama cabot lari .. bukannya mat2 jin tu yang lari .. haishh soram den..

meaw said...

yessss! kompom lah ada mat ganjo ,mat dadoh bagai tu..port baik kot, tapi sumpah tak berani nak naik kalau meaw lah,serem kot.....

yg paling berani pon naik bangunan kat sekolah time tu malam kami berempat untuk menenangkan keadaan bila 17 orang histeria...memang tegak bulu roma ni,huhu...

papepon,tu pengalaman ^_^

Botak said...

@Ain Zulaikha
seram sangatkan., sebab tu taknak baca., hahaha..

@Liyka
bukan seram mana pon., biasa² je., hahaha..

@meaw
bagus pengalaman tu., jangan sampai kene histeria pulak dah la., hahaha..

iqa gurlz said...

mmng seram.. klu aq x kn pegi..
hehehe.. :)

Mohd Hisham Mohd Hidzir said...

Macam mana citer seram ni, xda la seram sgt cuma brdasar kan pngalaman je la ngn mmber2 tu je kan... trima kasih...

Masz WaNiey89 said...

adehhh ngat betol2 serammm.....

Anonymous said...

Tapi memanglah dekat situ ramai orang yang mati lepas kejadian pangsapuri runtuh tu.. kalau saye dkat situ.. sure.. tak nak gerakk.. xD

RIMAU HITAM said...

salam sy are meng dri balakong ingin thu sana ada anjing x...sebab semalam g usya xde ape pon just dgn bunyi angin je...so kami ber3 ingin jelajah kedua2 blok 2...mmmmm mana sy bleh dptkan plan dua bangunan ni??

RIMAU HITAM said...

dimana bleh sy dapatkan plan 2 bangunan ni???

Aqilah Zahari said...

Adoiii...sesia jer kawan mmbace...Rupernyer mat2 gian sgale mak nenek jerr yg wat bngunan niey menakotkan??? Aisshhh...ape nk jadikk??? (u___u|||)

Princehyunra said...

Aku suggest pasni korang gerak ke Mimmaland ..terletak di Ulu Gombak.. !!

Muhd Farhan said...

Rumah aku dulu kat blok 1,tapi dah runtuh. Jadi aku pindah la kat blok 2 tingkat 7. Kalau korang semua datang, jangan lupa singgah rumah aku ye.

Anonymous said...

Hahax , lawak la sangt . Awk pown ye2 bce ngat seram , rupe nye cite sal mat gian n mcm2 lg .

LoveYuri said...

Serius lh korg, jgn ckp bsr bile kena nty bru merana .. npe nk peta zl? Jgn buat main keje ni awww meroma bulu leher ni!!

Mohd Syawal said...

Saya suggest lpas ni prgi rumah mona fendi pula :)

Azura Hassan said...

Perghh ! Tabik spring lahh brader ! Gila brani ! Mat Ganja tu pulak tak rasa takot kee ? Heeii..

#Sorry ni bukan zura ya ? Ni Farra . Dah Tukar User.Heee...

Anonymous said...

datang tingkat 3 blok 2.. hantu cina.. seyes ade..klu x cye..korang pegi

ateef naela said...

Teringin nk pergi lg tak??

Pengikut Yang Tidak Mengikut!