Pejam celik pejam celik, tahu-tahu dah bulan November. Bukak internet tengok blog, terabai. Kesian pulak rasanya, jadi aku gagahkan diri menaip entri sampah ni. Kalau korang tak suka, takpe, tak jadi masalah. Hahaha…
Untuk entri permulaan bagi bulan November ni aku nak
story/menyuarakan sikit mengenai status. Status yang aku maksudkan kat sini
ialah status semasa korang kat facebook dan bukanya status single, in
relationship, married dan sewaktu denganya.
Aku nak tanya korang sikitlah, korang ni jenis yang macam
mana? Jenis yang suka update status memanjang tak kira masa? Atau jenis yang
malas nak update status? Tak pun jenis yang update status bila perlu
sahaja?
Aku tanya camni pasal ramai dikalangan kawan aku yang suka
update status tak kira masa, balik-balik muka dia je. Update status jenis yang
kalau boleh sampai ke seluar dalam pulak tu. Err maksud aku sampai hal-hal
peribadi. Gila lah! Sendiri-sendiri tahu sudahlah.
Tak cukup dengan tu, ada jugak yang jenis suka luahkan
perasaan kat facebook. Kalau nak luah perasaan dengan member-member sekali pon, chat/mesej je lah. Ni memanjang tulis kat status, ingatkan ada orang
peduli ke?
Selain dari tu ada juga yang nak jadi doctor cinta dengan
update status menggunakan ayat-ayat copy paste ntah dari mana-mana sumber. Aku
kalau baca benda-benda camni memang nahaslah, tak kiralah kawan ke tak.
Yang jenis update status tak kira masa pon ada jugak,
contohnya: “hari ni saya keluar makan dengan si dia, happy”, “hari ni menonton
wayang, cerita romantik”, “hari ni si dia meraba-raba saya, indahnya”, dan
lain-lain lagi. Ingat twitter ke nak update status memanjang. Hinggakan ke
jamban pon nak bagi tahu.
Bagi aku, kalau takde apa yang nak dikatakan, tak perlulah update. Kalau update info, takpun berita atau apa-apa yang berguna oklah. Tapi kalau benda yang diupdate tu sampah, baik tak payah. Buat semak otak orang yang membacanya. Memang akaun facebook tu korang punya, tapi tulah, fikir-fikirkanlah sendiri.
Akhir kata, jagalah jari jemari anda dari mengupdate status
yang bukan-bukan, anda mampu mengubahnya.
Terima kasih kerana membaca
Botak
P/s: FYP tamat, nanti saya melawat kalian ye.


6 comments:
Xpela..yang penting awak xbuat yer botak..huhu..=P
Haa tahu takpa. Kalau pesen tiap jam tiap benda nak di update kat pesbuk tu. Aku syorkan dorang tu buat jelah acc twitter, takda sape nak menyampah n tk menganggu kosentrasi orang lain.
FYP? gilos. bestnyew! goodluck yaw
Goodluck tak
:)
kdg2 anoyying gila . berbulu mata .
kalo nak luah perasaan, better pegi wat akaun twitter satu! haha
Oh mannn, its true!!
Like sejuta kali untuk entri ni..
Kadang2 rasa kesian org mcm ni..
Pada aku, status tu melambangkan peribadi kita. Kalau status macam 'bowinknyaa, ta taw nak buwat apew' = status orang2 pathetic.
' Saya sayang dia sampai bila-bila' = status gedik
:))
Post a Comment