Thursday, November 29, 2012

Home » , , » FILEM?

FILEM?

Jika diberi pilihan samaada hendak menonton filem barat atau tempatan, aku lebih mengutamakan filem barat. Bila aku kata macam ni ramai yang tak setujukan, ada yang kata tak support filem tempatan lah, ada yang kata aku tak Malaysian lah, itu lah, ini lah bla bla bla. Lagi pun, mengutamakan sesuatu tu tak semestinya yang lain aku tak layan.

Bila sebut tentang filem aku lebih mengutamakan kualiti, kualiti ni banyak aspek dia. Plot, sinematografi dan lain-lain. Ada orang kata filem dari barat ni bukanya logik, menipu je. Bagi aku logik tu soal lain, sebab filem yang based on true stories pun tak tepat kadang-kadang. 


Aku bagi satu contohlah filem Gladiator (2000), filem yang boleh dikatakan terbaik waktu tu. Kalau korang tengok peperangan babak awal, terang-terang dah silap sebab tentera Rom dilatih untuk bertempur dalam formasi, dalam filem formasi dah berterabur lepas bertembung dengan musuh, dalam keadaan tu tentera Rom confirm kalah. Lagi, Maharaja Commodus bukannya mati dalam gelanggang setelah bergasak dengan Maximus, hakikatnya dia mati katak di tangan seorang hamba yang mencekiknya. Maximus tu pun tak wujud sebenarnya, cuma watak fiksyen. Kalau nak cari silap memang banyak, tapi korang kena tahu unsur-unsur yang membantu filem ni berjaya  adalah dengan mengubah fakta sejarah. Filem-filem lain macam Michael Collins (1996), The Patriot (2000), U-571 (2000), Pearl Harbor (2001), dan lelain jugak lebih kurang sama. Mengubah fakta sesuka hati.

So, logik tu tak berapa penting sangat, yang penting kualiti. Nak senang faham macam ni, antara filem Iron Man 3 dengan Cicakman 3, mana korang pilih? Kalau dah terlalu precise, boleh jadi cerita tu jadi tak best.

Lagi pun kalau ikut pada rantaian, kita, aku, korang adalah sebagai pengguna. Sebagai seorang pengguna kenalah buat pilihan yang bijak selari dengan seruan KPDNKK (entah apa aku ngarutkan ni?). Kalau ada filem yang korang rasa bagus/best, takkan lah nak menonton filem yang korang rasa tak best, tak gitu?

Tu kalau ikut akulah, kalau ada yang minat filem-filem tempatan, pun tak jadi masalah. Mungkin ada yang menarik pada mata diorang.

Entri ni sebenarnya bukannya apa, aku bosan bila nak tengok filem ni, ada yang kata itu ini. Selera masing-masing, kalau dah minat tu, tulah, takkan nak paksa aku tonton filem yang aku tak minat pulak.

Korang punya taste camne pulak?

P/s: Paper final tak habis lagi, boleh pulak aku update blog. Nampak sangat bukan student cemerlang. Hahaha... 

7 comments:

محمد رازيق said...

aku punya citarasa ppun cam ko bro. lebih pentingkan kualiti citer. contoh jalan cerita. hehe. kalau yg ngarut2 tu kurang.

miranadia said...

hmm..cerita melayu suka ikut trend. kalo satu filem hantu berjaya..pastu asyik cerita hantu jer...

Sha. N. said...

Jauh beza nak banding filem melayu dgn omputih..
Bukan sebab tak nak support filem melayu tapi filem dorang memang kategori sampah dan rempit. hehehe..
Aku suka tengok filem konspirasi bunoh president US, mcm Vantage point, the conspirator. omputih memang superb buat cerita mcm ni..
Pastu citer2 yg buat kita berfikir, lagi komplikated lagi bagus. Dorang ni memang kreatif. Think out of the box

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

peralatan dah canggih.... ilmu dah ada.... tapi masih lg tahap macam tu.... tak tau le apa salah nye.....

sebagai pengguna.... kita mestilah nak yang terbaik.....

tak yah kompare dengan us la....

thailand buat filim lagi baik dari kita.... kita nak edit muvie pun pegi thailand..... ntah le...

Mizz ErMa said...

kakak2 sy pon macam tu jgk, kalau p panggung, mmg x la diorang tgk cite malay..tp kalau sy, asal nampak macam best aje, sume layan..hehe

miraa japri said...

eleh budak dekan tak yah study pon.
Dekan sentiasa... :P
buatkan assignment ak botak,, tak keluar2 idea ak nak buat assignment..
-_-

Tasha said...

study woi! haha

Pengikut Yang Tidak Mengikut!

Arkib Dilarang Melarang