Realitinya, kalau dah besar panjang, dah menjejakkan kaki ke
alam universiti dan perkerjaan, aku boleh jamin mesti pernah bercinta. Tak
kisahlah jadi peminat jarak jauh ke, cinta suci dalam bekas berdebu ke, cinta
bertepuk sebelah tangan ke, cinta berpegangan tangan ke, cinta berpelukan
sambil meraba-raba dan bercium mulut ke dan erkkkkk.
Majoriti yang pernah bercinta mesti pernah frust. Jarang lah
aku dengar orang yang first love dia sampai ke jinjang pelamin. Di kalangan
kawan-kawan sekeliling aku, rasanya takde lagi kot. Mesti pernah merasa zaman
derita dan sengsara tu (geli pulak rasanya), couple paling hebat yang aku kenal pun dari darjah 4
sampai habis uni, tu pun entah berapa kali on off. Couple, clash dan rujuk balik.
Kawan aku (perempuan) pernah bercerita tentang kawannya yang
menghadapi masalah pelamin angan yang musnah sebelum sempat dibina. Yelah nama
pun pelamin angan kan, mana lah sempat nak bina lagi. Maka timbul persoalan adakah
mereka akan menjadi wanita single hingga ke tua memandangkan faktor saham yang
kian tercicir dari papan utama indeks pasaran kerana umur semakin meningkat?
Mungkin, tapi tak semestinya.
Kawan aku ni ada buat beberapa point. Dia ada kata pasal
lelaki ada ego yang perlu dijaga rapi. Walaupun secara zahirnya lelaki tu tak
mempunyai skuter ego, ok yang ni aku saja tambah. Aku tak nafikan pasal ego tu,
tapi lelaki pun tau frust. Cuma mungkin lelaki ni tak tunjuk sangat. Sebab
Nampak macam lemah sangat dan tak mampu nak tangani masalah kehidupan diri
sendiri. Aku pun pernah lalui zaman frust tu. Zaman teringat, teringat dan
teringat tak sudah-sudah. Bezanya mungkin aktiviti menangis tu takde lah
mengiringi urusan harian.
Dan sudah menjadi lumrah yang saham orang lelaki ni agak
tinggi apabila berumur 25 tahun keatas. Peluang lebih terbuka luas sebab secara
amnya masa tu orang lelaki ni telah mencapai status yang agak stabil dari segi
kerjaya dan dianggap mampu managgung anak bini disamping faktor pilihan yang
semakin luas dan juga kerana orang
lelaki ni takde expiry date kot. Perempuan pulak selalunya lebih sukar sebab
apabila umur dah mencecah suku abad, lelaki yang sebaya atau lebih tua biasanya
available but not single. Ruang pilihan sudah kecil, pilihan semakin terhad.
Dahlah nak menuggu orang tackle pun satu hal lagi.
Tapi jangan sempitkan pemikiran. Berapa ramai orang yang
berkahwin akhirnya tak sehaluan. Setahun dua kahwin pastu cerai. Kalau korang
pernah melihat statistik perceraian kat Malaysia ni ianya tersangatlah besar
walaupun berlaku penurunan. Melayu is somewhere 10 to 15%. Ada yang tempoh
bercouple lebih lama dari tempoh berkahwin, ada yang ditinggal gantung tak
bertali, ada yang tinggalkan anak bini sebab nak lari dari ahlong, ada yang
dimadukan tanpa pengetahuan, ada yang jual bini sendiri dan blablabla. Pendek
kata perkahwinan bukan penjamin kebahgiaan.
Bila aku kata macam ni bukanya aku menidakkan fitrah, sebab
siapa yang tak nak kahwin dan menimang anak kan? Apa yang aku nak sampaikan,
berusahalah mencari jodoh, tapi kalau dah tak dapat tu nak buat macam mana kan,
mungkin belum sampai masanya lagi. Kadang-kadang Allah tak beri apa yang kita
mahu, tapi Dia beri apa yang kita perlu. So, fikir-fikir kan lah ye.
P/s: Sedang berpraktikal, sangat sibuk. :P

15 comments:
btl..saya salah seorang.. da bertunang setahun lebih..hampir ke majlis kami putus..atas alasan kukuh...kami tidak sehaluan..huhu... hurm... :(
botak,ko eja khawin mmg camtu ke,jodoh mmg kna usaha cari,tapi "kalau dah xde jodoh nak buat macammna"(ayat tipikal melayu):D
okay, point yg agak menarik di situ. anyway, setiap dari kita mesti mahukan yg terbaik lebih2 lagi dlm memilih pasangan hidup kn. ^^
@fadh leyanie perasan aje kan., actually kahwin bukan nyer khawin., eja camtu pasal dah terbiasa., aku dah betulkan., hahaha.. :))
Nasib baik kau tak eja cium mulut tu comolot. Haha.
Bertolak ansur menjamin kebahagiaan *tetiba* hihi. Hmm.
Tapi pernah tak kau terbaca ada salah sorang writer's terfaktab kata, bila sesebuah hubungan tu berakhir, then mesti semorang cakap -- nak buat macam mana, dah takda jodoh -- so kat situ dia kata, kita as a manusia ni macam menyalahkan kuasa Tuhan.
One more, aku tak suka orang yang pesen cakap 'alah takpayah lah cari, nanti tiba masa ada lah tu jodoh' . Bukan ke Allah lagi suka hamba dia berusaha, soo memang kita perlu berusaha then kalau dah tak dapat tu barulah boleh cakap macamtu. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, sebabtu tak semua yang kita nak kita dapat. :)
*bapak panjang! hahaha wey kau ritu private blog ehh?
usaha, ada yg kita harap, dia tak harap ke kite...nak jumpa yg sejiwa, perlu jgk masa...aku dah suku abad.
hehe~
wahhhh ! aku ingat kau yang tak jadi kahwen tadi
terkejut aku. hahahahahaha
cepat botak carik jodoh. kau tu dah tua
*evillaugh*
@nitnot bukan main panjang komen ko., hahaha.. :))
blog aku ni mane pernah di privatekan., maybe ko salah blog ni., tak pon ade lah yg tak kena tu..
tkut la . sbb tu org kte klo tung jgn lelame eh.
teringin nak tengok cerita yang pompuan tu tak nangis bila dah putus tunang *lelaki yang putuskan tunang tu*
Dia rileks je..hehehe
seronok plak baca entry ni..btl tu,sya stuju dgn apa yang awak kate..tp pda sya,perempuan ni,tak pyh la pk nk kawen awal sangt..ni pda pmkrn sya la..kalau sya,sya nk kwen lwt skit..nk ada kerjaya tetap n umh dulu..kawen ni bukn men suka2..nk pilih pun satu hal juga..tak maw la,time bercinta kemain lama,ble dah kwen sekejb jer..mnx simpngla..mudah2 bahgia milik kita yer..syess sukaa baca entru ni..:)
bila baca aku termenung bro. hehe, yerp aku setuju. berusaha untuk mencari jodoh. nice entri bro
betul3..laen orang laen ragamnya..kawan sy pon ada yg kapel +-6 tahun lepas tu ptus mcm tu aje..frust menonggeng yg lelaki sbb dua2 kawan sy..
Tetiba aku baca balik komen aku, aku segan sebab panjang sangat. Kahkahkah
setuju semua statement di atas
Post a Comment