Wednesday, February 13, 2013

Home » , , » Bisnes Untung Ribu-Ribu

Bisnes Untung Ribu-Ribu


Tak lama dulu ada sorang kawan aku ni call. Dia nak jumpa aku pasal ada sikit hal nak dibincangkan, katanya business proposal. Aku pun setuju jelah, takdelah nak syak apa-apa. Waktu tu aku tak tau nak kata apa, kalau dah namanya bisnes, mesti melibatkan duit. Syok woo…

Perjanjian dibuat, aku pun setuju untuk berjumpa dengannya di KL. Jangan ditanya KL kat belah mana, sebab aku sendiri pun dah tak ingat. Tiba harinya, aku dan kawan aku ni berada di lokasi yang dijanjikan. Waktu tu malam dan kawasan sekitar dipenuhi dengan pelbagai jenis kaum, Cina, India dan yang paling ramai Melayu. Bila dah ramai-ramai ni, aku pun dah start rasa tak sedap hati. Aku tanya dia, “apesal ramai sangat orang? Business proposal ape je ni?”. Dia kata “jangan risau, masuk dalam kasi dengar ceramah, dah faham baru senang nak cerita”. Aku pun masuklah dalam, duduk kat kerusi, kasi dengar cerita.

Darah aku dah start mendidih, dalam hati ni dah berbakul-bakul sumpah seranah. Rupa-rupanya diorang ni anggota kumpulan MLM (multi-level-marketing) dan aku diibaratkan sebagai mangsa diorang. Lagilah aku taknak join. Diorang pressure gila-gila, kasi tekan suruh join jugak. Celaka apa ni? Diorang punya cerita penuh semangat, mengalahkan menteri kewangan.  Jual barang ni, tarik orang lain join, boleh jadi kaya, income ribu-ribu sebulan. Kena ada strategi jualan, ikut diorang punya strategi, aku pun boleh hidup senang.

Kalau ikutkan aku, aku tak suka benda-benda camni. Nak berdepan dengan benda-benda camni lagilah aku tak suka. Bab-bab saiko ni diorang memang pandai, dia punya soalan sampai aku sendiri tak tahu nak jawab apa. Bincang-bincang-bincang, aku tak join pun diorang. Babai, balik dulu, banyak kerja lain yang aku nak settle kan.

Malam yang singkat tu aku rasa macam lama gila, berpeluh-peluh aku dibuatnya. Tapi kurang-kurang aku dapat makan free sebab diorang belanja.

Tak lama lepas kejadian ni, ada sorang lagi kawan aku call, nak bincang pasal business proposal katanya.

Awal-awal lagi aku suruh dia pergi mati. Gila!

Ni merupakan sebuah kisah ngeri dari banyak-banyak kisah ngeri yang menimpa diri aku. Pernah tak situasi camni menimpa diri korang?

Terima kasih kerana membaca 
Botak

P/s: hari-hari busy, bila tak busy, rasa macam busy pun ada, macam mana ya?

24 comments:

june mohd said...

hahahaaa..ramai yang pernah terkena macam ni...MLM tak salah, tapi cara orang yang laksanakannya menyebabkan kita takut & gerun...agresif sangatkan...takut kita dibuatnya!

nitnot said...

Hahaha memang saiko gila doh. Aku pernah kena. Kawan sekolah yang dah 2tahun lost contact tetiba call. peh memang tak ah. siap gaduh gaduh. lastlast member gua tu, siap kena buang U sebab MLM punya pasal. Sadis. jangan percaya memende gini. gileww

Sebab awak buat buat busy. hihihi

RedRose said...

kenapa kan they all harusss seakan memaksa for us to join them? we're practicing a democratic system kot. everyone have their own choice. ~sigh! sigh! sigh!

Zaza =) said...

takut x tlibat dgn benda gini...huhu

tiafazunia said...

haha! member sekkolah tia yg join MLM ni tiap kali reunion je mesti kitorang pulaukan sbb asek nak ajak join je. tuih!

drzirakudo said...

sye pn tk suke!!!! lg2 budak2 u yg terjebak dgn mlm. mcm2 dorg wt

inna_risna said...

mcm2 la kes MLM nie. the way they acting and approach us is really scary sometimes.

MizzTina said...

pernah kena.. member ajak lepak.. rupenya ajak dgr taklimat MLM.. mmg maki je la kejenya.. dh la duk dalam bilik kuliah kt ukm tu, pastu pintu kunci, xde sorang pun leh kuar.. haishh, sakit jiwa je rs.. ms tu rs mcm terkurung.. dan ye, sgt ngeri!!

Nurul Farahizzati said...

jangan percaya bisnes mlm.. aku serik..

Miss Volvo said...

lampe berger ek? haha.

are_lin@yu said...

mber pn dh pnh kna cmni..smpaikan abs duit pulangan entah ke mana..

inche hlovate said...

hahaha kisah MLM lagi..hang jadi mangsa la ye

aslvie adam said...

Ha..fobia tol dengar MLM ni...pnh gak dorang nak ajak join dulu...join gak skali...tapi apepun tak de....

Rabia said...

Jln2 n follow cni :)

Hanida Moss said...

penah kena jugak dgn kawan. memang mcm haremmmm sgt! bole putus kawan dibuatnya

Cik Yaya said...

salam..

biasela tu...rmai yg tkena..tmsukla yaya pon..huuu..;p tp nsb baik la xde nk kne kua uet bnyk..takat 20-50 hinggit je..heeeeee

maitimie said...

yg penting kte stick dgn apa yg kte mahu.jgn cpt terpengaruh.

dya bunga said...

dya pun mmg xske bnda2 mlm ni..huhu

NurSalihah Norman said...

nice story :) actually, saya pun pernah terkena gak, rasa nak bg tuutt je kat org tu hahahahah...

missSenget said...

baru nk bincang bisnes, dah suruh gi mati dulu..


kah3..

aku dulu ada sorang lelaki ni kemain rapat2..rupanya nk suh join mlm dia..
ceh..kuajaq betul..igt nk ngorat aku..

E'in said...

mak aii.. teruknye mcm nie... nasib baik xpenah kena... huhu

Sya Chot .. said...

ada kebaikkan ada keburukan mlm..huhu xtahu nk komen apa.huhu

Fana | Aqim said...

haha..aku pun pernah kena macam ko kena..Adoiyaii..memang rasa semakk gila bila orang push2 suruh join plus suka cakap terpekik terlolong! oh please!!!!

Cik Laure Weng said...

encik kalau encik join nie encik cari nenek,pakcik,jiran yang ada tangga, cucu cicit join.. encik akan jadi kaya..lepas tu org lain kejar encik bedal kepala encik guna parang..


rasa mcm nak busy kan diri lah sebab mmg bz pun..

Pengikut Yang Tidak Mengikut!